News

Share
10/2/2022

Majlis Hukama Muslimin Mengucapkan Takziah kepada Syeikh Dr. Zulkifl Al-Bakri atas Pemergian Anaknya

Majlis Hukama Muslimin yang diketuai oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Syeikh Al-Azhar Al-Sharif merangkap Pengerusi Majlis Hukama Muslimin mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Senator Syeikh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, anggota Majlis Hukama Muslimin, Ahli Dewan Negara Malaysia, dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, atas pemergian anaknya , Hammad bin Zulkifli. Beliau meninggal dunia pada hari ini selepas bergelut dengan penyakit yang dihidapnya.


Majlis Hukama Muslimin juga mengucapkan takziah yang tulus kepada keluarga almarhum, memohon kepada Allah Yang Maha Kuasa agar memberkati beliau dengan rahmat dan keampunan-Nya yang luas, menetap di taman-taman-Nya yang saujana mata memandang, dan memberi ilham kepada keluarga dan pencinta kesabaran dan ketenangan. 


Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.

Related

News

Our newsletter